Pages

Subscribe:

Jumaat, 12 April 2013

HANYA KERANA LOGO

Assalamualaikum w.r.t...
kali ni aku rasa nak menulis sst yg rasanya sedikit berat dan mungkin akan ada banyak pihak kurang senang.Kita renung dan fikirkan bersama.Tulisan kali ini aku tulis dgn izin.


Aku bukan org PAS...Arwah datuk pula org pondok Ust NikMat Derang..Seorang anak yatim..dibesarkan di pondok..sampailah dinikahkan oleh Tok Guru pondok sendiri...

Selama arwah hidup arwah xpernah memaksa menyokong PAS..arwah cuma pesan ikut Islam..betul tang Aqidah...buat tang Syariat..muliakan Akhlak...Aku akui,arwah seorang yg berilmu namun x membabitkan diri dgn politik..xde pon pegang ape2 jawatan..baik dlm UMNO atau dalam PAS...

Cuma sampai suatu ketika...masa tu kami mengadakan majlis pertunangan kakak...waktu tu Ahmad Lebai Sudin bukan lg ahli berhormat Pokok Sena..waktu tu dh zaman Mahfuz..org2 kampung kebanyakan nya org PAS..nk jadikan cerita,arwah mintak pertolongan org kampung utk bg khemah..namun tiada khemah..maka kita pon fahamlah..org2 PAS pun mintak maaf x dpt nk tunaikan permintaan..xpe, kita faham..namun khemah kna ada jugak...kemudiannya arwah mintak bantuan dri Ahmad Lebai Sudin..Alhamdulillah, dia akan hantar...setel masalah...

So khemah sampai kami pun pasang...tanpa kami tahu, ade logo Dacing kt khemah tuh..dh naik baru tahu dan tiada masalah buat kami..arwah pon ok..nenek pon ok..dan semua kaum keluarga ok...Majlis pun bermula...

Semasa majlis berlangsung,ramai tetamu hadir..Cuma yg arwah sedihkan rata2 dtg bersalaman dan bgtahu kata puasa hari tu..rata2 org muda plak dtg tp masuk kawasan umah pon tidak..apetah lagi nk bersalam..rupa2 nya sebab ade gambar Dacing...bg dorang xleh ni makan makanan org Dacing..walaupon yg buat kenduri tu pakcik kau sendiri...Itulah yg arwah sedih dan terkilan sangat...

Jadi moral of the story, Aqidah kna betul...Syariat kena buat...Akhlak kna mulia...barulah cantiknya Islam....lihatlah sendiri apa yg jadi bila Islam kita itu tempang..wallahualam...

Al Fatihah buat arwah datuk ku...Hj Abdul Wahab Bin Hassan..Kg Kedundung Mukim Derang,Pokok Sena, Kedah..

Semoga arwah berada dkalangan org2 yg beriman...InsyaAllah...

Salam Jumaat...


status di atas aku copy N paste dari FB seorang abg tempat aku selalu bertanya..ALHAMDULILLAH,dia selalu ada untuk menjawab setiap pertanyaanku..
Bila baca status tu,aku terfikir dimana indahnya islam jika kita saling membina tembok pemisah.Bukankah islam itu sejahtera,islam itu mudah...kenapa saling memberatkan pada sesuatu hal.Jujur pada aku ini bukan anjuran islam.Keluarga boleh pecahbelah,masyarakat boleh jadi bermusuhan...kalau ini berterusan kita ramai macam mana sekalipun tetap kita tiada punya kekuatan.Kita ruku' sujud setiap hari kerana TUHAN YANG SATU,itu aqidah kita...apakah aqidah kita itu terpakai hanya ketika solat?selepas solat kita saling malah lebih teruk menidakkan keislamanan saudara kita sendiri.
Bayangkan hanya kerana logo ...hanya kerana logo!!!!!!!

Khamis, 28 Mac 2013

ULAMA KITA

lama tak update..sibuk dengan apa yg trjadi di negeriku...
airmata ini rupanya belum mahu berhenti lagi menitis....

Dua orang ulama kita telah pergi meninggalkan kita...pergi menemui ALLAH SWT

1.Syeikh Dr.Muhammad Said Ramadhan Al Buti...
-umum muslimin kenal kepada beliau..berbadan kecil tetapi jiwanya besar.Pemergiaan beliau mengejutkan ramai.terkutuklah mereka yang berlaku zalim kepada beliau.kelantangan beliau menentang rejim bashar kebelakangan ini mungkin penyebab kepada insiden ni....

"aku percaya Syeikh Buti dibunuh oleh tentera Basyar sendiri..dengan penuh perancangan sebab Masjid tempat Syeikh Buti mengajar merupakan Masjid yg paling ketat kawalan keselamatannya..dan kenapa tiada kesan terbakar walau sedikit pun dalam Masjid kalau ianya serangan bom berani mati..?" Dr Yusuf Qaradhawi.

"Asy-Syahid Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouthiy wafat di waktu yang mulia, yakni di antara Maghrib dan Isya di malam Juma'at (21/3), di tempat yang mulia, yakni masjid dan di majlis yang mulia, yakni majelis ilmu." Habib Umar 


"Saya secara peribadi amat terkejut dengan pemergian guru kami, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti. Saya pernah bertanya kepada anaknya, Dr. Tawfik Ramadhan berkenaan ayahnya. Katanya, "Di rumahku ada sebuah bilik khas yg mana aku tidak pernah melihat ayahku kecuali dalam tiga keadaan; membaca, menulis atau bersembahyang dan berzikir."Dr Zulkifli Al Bakri.

2.Prof Dr Muhammad Uthman El Muhammady

-di negara kita beliau amat dikenali...merupakan ulama yg sentantiasa konsisten dengan hujahnya dan pendirian dengan fahaman ASWJ,tinggi ilmunya dan seorang pemikir yg hebat.seorang Dai-Murabbi yg mempunyai tutur bicara yang tenang dan lembut.
Beliau pernah dilantik sbg Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 95-2008 ,kemudian dilantik semula sehingga 2010.Dan merupakan Fellow Amat Utama AKEDEMIK ISTAC IIUM.


-paling penting beliau amat tegar mempertahankan aliran bermazhab dan sering tampil dengan hujahan tersendiri.Beliau juga pernah berdebat dan  berhujah dengan tokoh tokoh salafi dan wahabi  dari  indonesia dan dari negara kita sendiri berbicara isu USUL,FURU' dan BIDAAH.Beliau juga dengan lantang mengatakan rantau kita ni adalah rantau ASWJ,sebarang usaha untuk merosakkan perjalananya adalah usaha kepada kehancuran perpaduan ummah.

-antara yang paling lantang menentang dakyah sesetengan ahli politic yang cuba mempromosi unsur yang menentang akidah Islam spt pluralisme & liberalisme agama dan budaya LGBT.


Seminar Fiqh: Mentaati Pemerintah yang diadakan di PWTC yang mana beliau menjadi salah seorang pembentang kertas kerja.Beliaulah antara ulama yang mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dikala ulama-ulama politik lain mentohmah Malaysia sebagai negara sekular dan sebagainya.

*merupakan Tokoh MAAL HIJRAH 2005 :)
                    ...................

kedua dua tokoh besar di atas adalah dua permata yang tiada gantinya..Assyahid Syeikh Al Buti merupa guru kepada ramai ulama kita pada hari ini,pemergiaan adalah kehilangan sangat besar kepada kita semua dan Allahyarham Dr.Muhammad Uthman adalah sumber rujukan kepada banyak pihak,dai' murabbi yang sering mementingkan dustur (etika dakwah).

Berkata saidina Abdullah Ibnu Mas'ud:
"kematian seorang alim itu lubang kepada islam yang tidak mungkin ditampal walau berlalunya hari dan malam"


AL FATIHAH buat keduanya ulama kita...moga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas keduanya...yang tinggal cuma tulisan dan peringatan mereka buat kita...semoga Assyahid Syeikh Al Buti dan Allahyarham Dr Muhammad Uthman mendapatkan balasan atas segala kebaikkan yang telah mereka sebarkan selama ini..aaminn.



Jumaat, 8 Mac 2013

UNTUK WIRA NEGARA

Peristiwa pencerobohan Lahad Datu 12 feb 2013 membawa kepada satu detik sedih kepada seluruh rakyat Malaysia.


Detik 1313 Jumaat.
Dua orang wira negara terbunuh dalam insiden tersebut..Rakyat Malaysia seluruhnya bersedih mendengar berita tersebut.Belum lagi kita menyeka airmata dari terus mengalir kita dikejutkan lagi dengan gugurnya enam orang lagi wira negara.Mereka yang telah gugur adalah:

1.Ins.Zulkifli Mamat
2.Sarjan Sabarudin Daud.
3.Supt.Ibrahim Lebar
4.Asp Micheal AK Padel
5.Sarjan Bahari Hamit
6.Sarjan Abd Aziz Sarikon
7.L/Kop Mohd Azrul Tukiran
8.Kop.Salam Togiran
9.Prebet Ahmad Hurairah Ismail(12/mac)
10.Prebet Ahmad Farhan Ruslan (12/mac)

-Lapan +  dua orang nama diatas adalah mereka yang punya jati diri dan nilai perjuangan yang hebat.Gugurnya mereka demi mempertahan kedaulatan negara.secara peribadi aku mengutuk kepada sesiapa yang mengatakan semua ini adalah sandiwara dan lakonan semata.Mana nilai sensitif kita?Kala keluarga mereka yang gugur lagi berduka,muncul pula suara lancang dan kurang ajar mempertikai dan merendahkan nilai perjuangan mereka.Bukan hendak menyedekahkan AL FATIHAH  tetapi dikutuk dicaci dan dihina pula.

Aku mewakili seluruh ahli keluarga ingin menyampaikan penghargaan setingginya kepada lapan wira negara ini..mereka bertempur mempertahankan tanah tumpah darah kita MALAYSIA.Hanya doa sahaja yang mampu kami kirimkan buat mereka.

Sabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." 
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, An Nasa’, Abu Daud)

Surah Ali Imran ayat 169;

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"

Dan bila mendengar khabar berita ada diantara mereka yang diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan oleh pencerobohan yang sudah kini dilabel pengganas aku menghela nafas panjang.
Teringat seorang syuhada uhud yang dicincang oleh musuhnya.Dan beliau adalah Abdullah Bin Amr Bin Haram.Beliau adalah orang yang mendapat nikmat besar dari ALLAH 'AZZA wa JALLA
Rasulullah SAW mengatakan kepada anak lelakinya, Jabir :
Wahai Jabir, Allah sama sekali tidak pernah bercakap dengan seorang hamba kecuali dari sebalik hijab (tabir) dan Allah telah bercakap dengan ayahmu secara terus (berhadapan). Kemudian Rasulullah menceritakan kepada Jabir tentang cita-cita ayahnya yang memohon agar dia hidup kembali agar dia dapat berperang pada jalan Allah. Dia berdoa pada Tuhannya, Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepada orang yang masih berada di belakangku (yang masih hidup) kenikmatan yang telah kamu anugerahkan kepada kami. 

Dan sesungguhnya darah mereka yang syahid adalah harum semerbak di akhirat kelak.Teruskan berdoa buat para pejuang kita yang masih bertarung,bergadai nyawa demi agama bangsa dan negara....


AL-FATIHAH BUAT PEWIRA NEGARA,SEMOGA MEREKA DITERIMA DIKALANGAN PARA SYUHADA..AAMINN

*dikemaskini 12/mac/2013

Selasa, 5 Februari 2013

SURAT PUAKA VS. SMS POYO

Assalamualaikum .....

Kehadapan Kekasih hati yang jauh di mata,
Apa khabar dirimu disana?Kanda di sini sangat merindui dinda.Sudah sepurnama kita tidak berjumpa,kerana tugas dan demi mempertahan negara kanda relakan sahaja perpisah sementara ini.

Dedauan berguguran,seumpama mengerti perasaan kanda yang merindui suara dinda,panas mentari terasa dingin bila menbayangkan wajah ayu dinda...oh..terasa dunia ini sangat kejam kepada kita.....

tettttttttttttt.....
di atas adalah style lama...kahkahkah....skrg ni ada lagi ke pesen utus2 surat?..tgk ayat pun old skool gler...tp aku ada tnya parent aku..dia ckp xde nk utus2 surat..bapak aku gentlemen terus meminang mama aku..muahaha..tak merasa la buka surat penuh bedak...kahkahkah..
apa tu rindu?xde istilah rindu2 skrg ni..klau rindu leh call,bajet ciput sms je..kalau mmg kedana sgt dating kat fb je...elleh.bukan aku tak tau,ko sngaja je nak tayang ko dah ade awek..nyampah!!!! hekhekeh(cemburu aku tau)

sekarang style.(SMS @ CHAT KAT FB)

boy:hye syg..rindu awak ketat2.

girl:hye ...rindu syg jugak? kan tadi baru jmpa...dah rindu ke?

boy:ehehe...syg da mkn?

girl:belum...takda selera...

boy:la...kenapa?syg sakit ke?olololo...meh syg suapkan...

girl:kalau nak suap2 cepat2 la masuk meminang...

boy:(xde reply pape...terkedu gamaknya)

girl:syg??mesti dah ttdo la tu..benci..tgh chat pun bleh ttdo

girl:ok lah...selamat malam syg..esok kita jumpa eh..luv u

hahhhhlamakkkkkk!!!
-ini semua memang poyo...ngengada sungguh org bercinta ni kan..ayat pun bleh buat loya anak tekak..ahahahahaa...yg lelaki tu sbb suruh minang terus buat2 tido...

Dulu dan sekarang jauh berbeza,dulu serba serbi malu malu..skrg ni huuhuhu...skrg dah terbalik..time bercinta kemain lagi mesranya..lepas 10 thn kwin kat phone dah xde syg2 dah...pnggilan masuk tgk nama pemanggil dah tukar kepada IBU PEJABAT...muahahahaha.

Ada org ckp ngan aku..kalau bercinta simpan2 la utk lepas kawin nnt..hidup berkeluarga kalau boleh nak smpai hujung nyawa..betul tidak...

AKU SENGAJA TULIS PASAL NI SBB HUJUNG MINGGU SORG KAWAN AKU NAK KAHWIN..HUHUHU..(BIAR DIA TERASA SIKIT..DIA BERCINTA KEMAIN..SMPAI DLM TANDAS PUN BAWA PHONE..AHAHAHAHA).TINGGAL AKU LA YG BELOM KAWIN.
IN SHAA ALLAH,KALAU DIA BAGI IZIN AKU NAK BUAT ENTRY TTG PERJALANAN  PASAL MAJLIS KAWIN DIA...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT...HMMM APA NAMA DIA BETUL EA?HAHAHA..ALAAAHHH NANTI LA AKU WISH KAT ENTRY TERBARU......

IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT,
DALAM PERIUK BERTEMU JUA,
HATI TERPAUT JANJI DIIKAT,
ATAS PELAMIN BERSATU JUA.

hadiah pelamin buat dia..muahahaha..ce bygkan diri anda kat atas tu tgh tersenyum kambing gurun...puieee..sampai jodoh xde sape dpt nak halang..ngee,anda tgk pasangan anda lepas buat muka malu2 kucing..org tgk kat bawah pun mluat..(statement aku terbawa emosi sbb cemburu..ahahahaa)

Selasa, 15 Januari 2013

MAULUD NABI


bulan maulud dah dtg..org kg aku ckp bulan maulud..bulan di mana lahirnya junjungan besar Rasulullah S.A.W

aku hairan la kan,semakin maju kita semakin banyak pula orang yg mmpertikai sambutan maulidur rasul..pling tak best dengar bila org yg mngaku ulama turut mngatakan prkara tu haram dan amalan jahiliyah.

aku trfikir jgk,zaman sebelum kita ni mustahil la xda siapa yg ungkit dan diskusikan benda ni..kenapa kita hari ini berckp seumpama kita lebih arif & lebih tahu..

ada yg mngatakan perkara ini tidak pernah di bahas langsung oleh Imam Asy Syafie R.H.Maqolah Imam Asy syafie R.H yang di ambil dari sebuah kitab karangan Ibnu Hajar sudah menjadikan suatu bukti kalau sebenarnya perayaan Maulid sudah ada pada zaman  Imam Asy Syafie kerana pada waktu beliau masih hidup pernah membahasnya. 

Telah berkata Imam Asy-Syafie : “Sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam) untuk mengadakan majlis maulid Nabi, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan, dan dia menjadi sebab dibaca maulid Nabi itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat bersama ahli siddiqin (orang-orang yang benar), syuhada dan salihin serta berada di dalam syurga-syurga Na’im.”

Dr.Yusuf Al-Qardhawi berkata:"Menganggap peringatan Maulid adalah bid'ah dan semua bid'ah itu sesat dan tempatnya di neraka, itu tidak benar sama sekali. Yang kita tolak adalah mencampurkan peringatan itu dengan berbagai penyimpangan syariah Islam dan melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan langsung oleh Allah SWT seperti yang terjadi di sebahagian tempat," 

*kita ni ASWJ kan???kenapa kita x follow sj apa yg Imam kita sdh putuskn..kenapa kita hari ni nk tnjk lagak tnjk pndai tak bertempat...
*aku tringat kata2 Tuan Guru Syeikh Nuruddin dlm prgram CINTA ILMU di TV ALHIJRAH saat mmbicarakn hal2 bidaah spt ini.
kata2 beliau lebih kurg begini "orang yang mengatakan maulud nabi itu bidaah yg mmbawa ke neraka ttp dlm masa yg sama dia mnyambut hari lahirnya dia adalah penipu besar!"
*kata2 Ustaz kazim dlm slah satu ceramah mengatakan lebih kurg mcm ni "di mana salahnya menyambut maulidur Rasul??kita berarak menuju masjid dan dewan bkan berarak menuju ke tempat maksiat,kita berarak dengan tertib,kita berarak mengena pakaian yg menutup aurat,xde yg pakai pakaian mandi..kita berarak smbil memuji dan berselawat kpd Rasul S.A.W..."

-pd aku yg jahil ni..smbutan tu sedikit pun tidak mngugat akidah..knp nk kata bnda tu haram dan mmbwa ke neraka?semua tahu kelahiran Rasul S.A.W  adalah rahmat kepada kita umat manusia..kita cuma mmepringatinya..temph setahun yg kita lalui mgkn mmbuat kita lalai dan leka..pd tarikh itu kita d sedarkan dgn perarakn di luar sana yg mmuji dan berselawat kpd Rasul S.A.W sedikit sbyk mnyedarkn kita..kita adalah umat MUHAMMAD S.A.W...kenanglah nikmat itu,hargailah Baginda S.A.W....
-ringkasnya..kita mngenang smbil berselawat..kita bukan nk buat sst yg jelas kpd dosa..kita xde le nk mnari2 x sedar diri..xde le nk celebrate smbil minum minuman haram..semuanya TERTIB & MENURUT BATASAN AGAMA .

-aku brsedia utk di tgur klau aku slh..kerana aku tau aku msih jahil :D


selamat Menyambut Maulidur Rasul 12RabiulAwaal 1434 H
CINTA RASUL