Pages

Subscribe:

Rabu, 3 Oktober 2012

AKU PERGI DULU

Ini adalah cerita sebenar yang di ceritakan kepada aku.Cerita ini bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk pengajaran kita bersama.Harap selama menulis cerita ini aku di lindungi dari persepsi yang salah.Andai ada tafsiran dan ada salah pemahaman mohon di maafkan.
Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi...aku harap dia membaca tulisanku ini.Cerita seorang sahabat yang bernama IZWAN (nama sebenar)

Pagi ini hari yang cerah,hari ini juga hari pertama Izwan ke tadika.Bersama senyuman dan semangat dia memulakan hari baru.Dia tidak keseorangan tetapi bersama sepupu.Duduk bersama,pada hari pertama itu jugalah Izwan bertemu seorang sahabat bernama Along(bukan nama sebenar).Bermula pada hari itu juga mereka bertiga menjadi rapat seumpama adik beradik.Kemana pergi sentiasa bersama,susah senang di tanggung bersama.Airmata dan tawa dikongsi bersama.

Masa berlalu,namun persahabatan mereka masih utuh malah makin kukuh.Mereka menjadi tiga serangkai.Kembali kepada Izwan,dia adalah seorang yang boleh dikatakan cukup pakej.Izwan seorang yang cerdas otaknya,baik tutur bicaranya dan mulia akhlaknya.Dari kredibeliti yang dimilikinya,Izwan menyandang pelbagai jawatan di sekolahnya.
Along adalah anak orang kaya,ayahnya guru agama dan keluarga mereka di hormati seluruh orang kampung.Bertuah sekali Along.JIka di banding dengan Izwan,Along tidak kurang hebatnya cuma adalah suatu masalah dalam diri Along dia seorang yang bijak menyembunyikan dendamnya.

Menjadi fitrah dalam jiwa seorang manusia untuk berkasih sayang dan bercinta.Izwan mula jatuh hati kepada seorang gadis cantik yang juga merupakan adik kepada Along.Cinta monyet tidak bertahan lama.Putus begitu saja.

Cerita bermula pada 2008,
Dalam diam Along rupanya berdendam kepada Izwan,dia cemburu kepada Izwan.Izwan seorang yang cukup pakej menjadi sebutan pelajar lain di sekolah.Dia adalah antara pelajar terbaik,semua itu sudah cukup untuk Izwan di lantik menjadi Ketua Pengawas sekolah.Along makin cemburu kepada Izwan.Pelbagai usaha Along lakukan untuk mengalahkan Izwan dari semua segi.Dia juga berhajat untuk jawatan Ketua Pengawas,tapi apakan daya Izwan lebih berkelayakan.


Perasaan cemburu itu cuba di sembunyikan Along.Dia berlagak seperti biasa di hadapan Izwan,tetapi di belakang percaturan untuk menjatuhkan Izwan tidak pernah berhenti.

Hati Izwan terbuka kembali untuk cinta kali kedua.Kali ini dia berjaya merebut cinta seorang gadis yang juga menjadi idaman Along.Dendam makin bertambah.

Suatu hari,
Along mengajak Izwan untuk mengulangkaji pelajaran bersama di rumahnya.Disebalik itu tersembunyi suatu agenda jahat untuk menjatuhkan reputasi Izwan.Tiba tiba Along meminta diri itu keluar sebentar meninggalkan Izwan keseorangan di rumah.Along meminta Izwan untuk menunggunya di dalam biliknya.Pada fikiran Izwan memang dia berseorangan di rumah Along ketika itu rupanya tidak,adik perempuan Along rupanya ada.
Perancangan jahat Along jauh dari prasangka buruk Izwan.Pada Izwan,Along adalah sahabatnya dunia akhirat.Tidak mungkin Along berbuat sesuatu yang tidak elok dan jahat kepadanya.
Perancangan jahat bermula bila mana adik perempuan Along muncul dalam keadaan hanya berkemban dihadapan Izwan,lalu menjerit meminta tolong.Taktik pertama berjaya.Izwan mula gusar,pada fikiran sesuatu yang tidak elok pasti menimpa dirinya.
Izwan cuba melarikan diri,tapi apakan daya perancangan rapi telah di atur dengan baik sekali.Along segera bergegas mendapatkan adiknya.Adiknya terus menjerit dan menuduh Izwan cuba memperkosanya.

Tanpa bertanya,Along melepaskan dendam amarah terus kepada Izwan.Sepak terajang Along tidak di balas langsung oleh Izwan.Along seperti dirasuk syaitan,Along terus membelasah Izwan tanpa sedikit belas kasihan.Penamatnya kayu besbol hinggap di kepala Izwan membuat Izwan terus rebah.Darah Izwan di sana sini.Orang kampung mula ramai datang berduyun duyun menyaksikan.Heboh satu kampung Izwan cuba berbuat tidak elok kepada adik Along.Along disanjungi sebagai hero kerana menyelamatkan maruah adiknya.

Di Hospital
Izwan terbaring kaku.Jasadnya terlentang,mata pejam.Tiada lagi rias wajah Izwan yang jernih.Disamping Izwan ada ibunya dan sepupunya yang sentiasa menemaninya.Airmata ibunya bertitisan tidak berhenti.Izwan masih tidak sedarkan diri.
Di kampung,orang kampung mula bercerita tentang kejadian semalam.Ternyata wang duit di pandang oleh masyarakat.Ramai yang menyalahkan Izwan tanpa mengetahui cerita sebenar.Kata cacian terus menerus di ungkap penduduk kampung tanpa sedikt belas kepada Izwan yang koma di hospital.Pada mereka mana mungkin Along menipu,mana mungkin adiknya sengaja berbuat jahat kepada Izwan,mereka adalah anak kepada guru agama.
Sehari selepas itu Along ditahan pihak polis untuk siasatan.Namun di bebas setelah keterangannya di ambil.
Umur Izwan tidak lama,sebelum Izwan di jemput kembali ke pangkuan ALLAH Izwan sedar seketika.Tepat di saat itu sahabat yang menceritakn cerita ini berada di sisi Izwan.
"aku tak salah...aku tak buat semua tu..ini semua perangkap.."butir bicara Izwan lemah sekali.Airmatanya mengalir.
"sampaikan kepada Along..aku maafkan dia..walau apa yang dia buat kat aku tetap maafkan dia..."Izwan berneti sebentar sebelum meneruskan kata katanya.
"Aku maafkan Along..Along kawan aku dunia akhirat.."
Izwan juga meminta agar sahabat yang menceritakan cerita ini kepadaku untuk merahsiakan perkara ini supaya Along tidak mendapat malu.Sampai begitu sekali kasih sayang Izwan kepada sahabatnya Along.Begitu tulus hatinya sanggupkan memaafkan kesalahan orang yang kejam kepadanya.
Ternyata semua itu adalah perancangan jahat Along dan adiknya.Mungkin perancangan awal Along hanya untuk memalukan Izwan tetapi akibat dendam dan cemburu dia memukul dan terus memukul sehingga lupa orang itu adalah SAHABATnya.
Izwan menghembuskan nafas terakhirnya disisi ibunya dan sahabat yang menceritakn cerita ini.Izwan kembali dengan tenang.Pemergiaannya di ratapi ibunya,kerana hanya Izwan satu satu anak yang dia ada.
Paling menyedihkan pemergiaan Izwan tidak juga menutup mulut orang lain untuk mencaci dan menghinanya.Seminggu selepas Izwan kembali ke pangkuan ILAHI,ibunya pula menjejaki anak tunggalnya itu.Kesedihan ibunya tidak tertahan lagi sehingga seluruh jiwa dan hati telah sama pergi ketika anak tunggal pergi untuk selamanya.Kita boleh lihat,pengkhianatan membawa kepada kemusnahan sebuah keluarga.
Balasan ALLAH untuk kesabaran Izwan terlihat jua akhirnya.Sahabat menceritakan yang adik kepada Along hari ini sudah seperti perempuan jalang,jika dulu dia hanya berpura dan berlakon untuk memerangkap Izwan hari ini ramai mata menatap apa yang di hajatinya terjadi kepada dirinya sendiri.Along ketika ini menghadapi perbicaraan atas keterlanjuran dendamnya.

AL FATIHAH BUAT ALLAHYRHAM IZWAN DAN IBUNYA.


SEPERTI YANG DI CERITAKAN...JADIKANLAH CERITA INI SEBAGAI PENGAJARAN BUAT KITA SAHABAT.HANYA CEMBURU KITA LUPA PADA NILAI ETIKA KITA SEBAGAI MANUSIA.KITA DI DUNIA HANYA SEMENTARA,KENAPA PERLU ADA PERMUSUHAN DAN KEBENCIAAN?SAHABAT SELAMANYA..SAMA SAMA KITA NILAI..ADAKAH TAHAP KASIH SYANG BERSAHABAT KITA SAMA HEBAT DENGAN ARWAH IZWAN.WALLAHUALAM...HANYA ALLAH TAHU SEGALANYA.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)

0 ulasan:

Catat Ulasan