Pages

Subscribe:

Ahad, 30 September 2012

AKU MARAH NI!!

Kalau bergurau bertepuk tampar sepak terajang takpa lagi kot...tapi kalau dah bergurau sebut nama mak bpk memang hanchengg la kan..bergurau bwa nma mak bpk xde apa pun cuma kalau topik yang diguraukan tu berunsur2 negatif mmg tak bleh tahan.

Hukuman apa yang sesuai utk org seperti ini?ehehe..jom sma2 kita survey.

  • kata orang bg je-
    bg apa tu? anda boleh pilih sama ada nk sepak,tempeleng atau terajang...alah bg la manja2 sikit.jgn la smpai dia koma sebulan..naya plak nnt.
  • jangan kasi pinjam motor-
    ahahaha..kalau ngam org tu kaki meminjam reta org ini la masa yg sesuai..buat2 tak dgr je la bila dia megalunkn kalimah syhadu dan merayu tu...nak lagi selamat,buat2 pengsan..wakakakaa.
  • kasi tinggal sma dia-
    ajak dia p bndar atau memana je la..ngam time dia kering takda duit.nak tau time mna tu bila?time kredit fon dia kong.ahaha..ajak le p bndar bawa le duit cukup2 minyak kete atau tambang..ajak dia pusing2 satu mall....then reti2 la cri lobang nk selamat nk tinggalkn dia...biar dia menapak balik rumah...hukhukhuk..
  • tayang gadget baru-
    ahahaa..buat dia jeles.."bestnya main 10.1 ni sma best mcm ngutuk mak bapak" kasi dia sentap sikit..ahahahha..kalau dia blah tu means dia da tekucil di dalam hati la tu...huhuhhu.
  • rampas awek dia-
    ngam lagi awek dia cun,bibir ala2 ajelina jolie..fuhhh..wakakakaka..
ahahaha..cadangan je..sahabat sekalipun kdg2 tu geram jugak marah jugak dengan dia ni..tapi rasanya marah pun kejap je kot..esok2 dah takda apa dah..leh gurau2 kejam lagi balik..ahaha..sahabat kan...bila kita da faham dia kita tau pd tahap mana dia memaksudkn apa yg di kataknnya.
moralnya:
gurau2 biar la tapis2 sikit...hati org kita tak tau..lama sgt sabar ttba meletop tu yg bahaya..dan bg la hukuman yg setimpal.muahahaha


sabda RASULULLAAH S.A.W:
"sesungguhnya aku juga bercanda,dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar"
(Riwayat At-Thabrani)

Sabtu, 29 September 2012

CINTA BIBIR

Cinta bukan hanya di bibir..Lelaki yang suka menuturkan cintanya berulangkali,menungkapkan aku cinta kat hang sehari sampai 50x adalah umpama dalam mee tu ada udang besor.Dia nak makan udang tu je bukan nak gasak mee tu.Perempuan yang merajuk tak habis2 nk minta di pujuk adalah pengganas terulung..ahahhaa..Pendapat aku je...

Aku ada sikit hujah dari segi naluri.hehe.

  1. jiwanya kasar tp dalam hati ada taman-maksudnya?dia mmg kasar sampai bubuh taman dalam hati.Kuat bebeno angkut taman dalam hati..ahahaha.ce try tanya taman apa?taman botani ka taman tasik titiwangsa..ehehe..kalau dia jwab taman banjaran crocker lagi la..muahahaa.
  2. cakap kata cinta banyak kali sebab dan kerana menghargai kekasih-maksudnya?dia memang cinta mati sampai kena buang kredit tiap hari nak sms nak call2..sampai da takda modal nk cerita apa.Last2 ketawa je la..call just utk tanya da makan ke belum?adoiii..cakap ngan mak kat telefon tak pernah nak berejam pun..bergayut dan kata handphone aku suka hati aku la..sikit masa tumbuh le ekor kat punggung tahan lagi gerenti jadi monyet..ehehe..mmg phone kau tapi kalau da melentik sana melentuk sini orang nengok pun naik loya anak tekak.
  3. bajet cute lagi manja,pantang silap sikit merajuk sampai berbulan-maksudnya?huhuhu yang ni mak jemah tak tahan...lambat reply sms je pun nak merajuk ke?alahaiii takda keje lain lagi balak kau ke selain nk memujuk?..alasan awek tu saja nak uji kesabaran dan kecintaan pakwe..alamakk..kalau dah engkau saja yg merajuk time bila lagi pakwe ko nk merajuk nk uji cinta kau kat dia plak?ahaha..kemonlah..laki pun nak try juga merajuk..ahahaha.
  4. harta pakwe harta kau senah?-maksudnya?ahahha..yang ni belum kahwin dah kawal itu ini..yang laki sama tolol.ngan mak kau ko sorok duit bwah bantal ngan awek berhbis plak..esok2 kahwin duit tak cukup buat muka toya minjam kat mak ayah..elooo...kalau itu jenis awek kau..kena hati hati la..bukan nak jeles la tapi sendiri mau ingat la..alasan lelaki"dia cun..rugi kalau aku lepaskan dia"..hah!kalau dia cun taik dia tak bau ke?==
tu je la..ahaha..cinta ni kalau sering diungkap boring gak dengar..mcm dah xde bnda lain..ce try bincang kalau kahwin nanti mampu ke nak beli ayam tiap ari..ni i luv u je memanjang..cinta itu menerima dan memberi,kena faham pasangan..kekurangan tu adalah asam garam...terimalah kekurangan pasangan sebagai kelebihan..pemblajaran tentang kehidupan kita tak akan pernah berakhir...so jangan lupa tgk keliling..ko brcnta bgai nak rak orang lain yang trseksa...ahahhah..faham2 la..muahahaha


“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)


cinta itu seluruhnya..ehehe..tp jangan letak cinta tu di kaki macm pic ni..letak la cinta tu pada hati dan akal fikiran..cinta yang baik membawa kita ke jalan yg cool.okeh SAHABAT??..cintailah siapa yang anda mahu.oh yeahhhh

HUTANG

Kali ini kita try cari pantun yang best dan kita try kaitkan dengan realiti hari ini..leh jugak hilangkan kebosanan..tak gelak pun kalau leh senyum sikit pun tak apa.

PISANG EMAS DIBAWA BERLAYAR,
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI,
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,
HUTANG BUDI DIBAWA MATI
--Ada lagi ke orang berlayar bawa bekal pisang?ahahaha..mungkin taruh atas peti baru le pisang tu leh masak kot.kalau dah kering sangat apa hutang pun dibawa mati...emas ke budi ke..bawa mati..minta halal je la..yg tinggal pun ikhlaskan saja..sharing is caring right?muahahahaha...
cakap pasal hutang ni memang ia satu tabiat org kita..bukan semua la..segelintir.
"mad..aku hutang dulu meggi kau ni..esok2 loan masuk aku ganti 2bungkus"..ayat biasa tu kat budak2 hostel..konon la nak ganti..
Time kata hutang meggi tu mcm lepaskan kentut je kan,susah ke kata aku minta ke?Dah tu bg plak janji mnis kata nak ganti double..Apa la sangat meggi satu bungkus(tapi kalau tiap hari,boleh bankrup jugak).
Mata si kawan jadi kecik dlam hati dah berkata kata "hutang la sangat...meggi sebungkus pun nak hutang..belanja awek makan kepci bleh plak.." hati berkata tetapi jauh di lubuk hati terdalam memang bagi je la.Mengenangkan sahabat punya pasal..redha je la.
Bila duit banyak lupa pula nak bayar hutang..mulut sinyum baekk punyer,angkut la awek p mall2,gedung2..bukan shopping tapi jejalan je.Nasib ko la senah dapat balak macam dia.Ahahaha..balik jejalan perut lapar meggi kawan juga yang disesah..adoiii.
Satu sem berlalu hutang meggi masih belum langsai..dan akan langsai bila hari raya...dengan ucapan tulus mulus ikhlas tak tau la nak kata si kawan melontar suara penuh kesyahduan berkata "ko halalkan apa yg aku termakan apa yg terminum"..airmata keluar bukan terharu ke hape ke tapi sebab tak tahan kuah laksa tadi pedas yanag amat(faham2 je la..miahahaha).....sekian..ahahahaa...


moralnya???
---kalau rasa tak mampu nak bayar(sebetulnya mampu cuma tak nak je)jangan lah cakap hutang..cakap minta ke..kalau segan a.k.a malu tunggu time si kawan tu makan..dapat kuah pun jadi lah..ahaha..hutang ni besar tnggjwbnya..org yg berhutang malamnya  duka siangnya hina..dan paling penting jangan ambil kesempatan atas budi baik orang..mentang2 dia skema kemain ko balun si kawan tu..sian la sikit..semua orang nak hidup..take it N give it tu ptng..asyik dia je yg kluar duit..x cool la mcm tu..kata SAHABAT.

Rasulullah juga bersabda seperti yang diriwayatkan Ibn. Mas'ud: “Seseorang Muslim yang memberi hutang kepada seorang Muslim sebanyak dua kali, seolah-olah dia bersedekah kepadanya satu kali".
--kalau bg hutang tu biarlah ikhlas ye kengkawan..dan kepada yg meminta hutang tu ingat lah Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.


Jumaat, 28 September 2012

SIAPA DIA ITULAH AKU

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah, bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)
Awal kalam,moga penulisan pertama ini tidak membawa kepada kemudaratan pada pemikiranku sendiri dan mereka yang sudi membaca.Sedang mana dan ketika kita kesunyian,kita akan mengharap ada yang datang menemani kita.Dan antaranya adalah SAHABAT.


Ada yang suka membezakan ikatan itu pada istilah yang berbeza seperti teman,kawan dan rakan.Mengapa perlu ada pengistilihan yang berbeza?

Kata orang,rakan itu hanya sekadar hubungan biasa,kawan itu hubungan hanya ketika suka tetapi SAHABAT itu punya definisi maksud yang sangat besar.Istilah itu merujuk kepada hubungan bersama kita suka atau pun duka susah mahu pun senang..umpama sehati sejiwa,sanggup berkorban apa sahaja harta sekali pun nyawa.Fuhh!! Tetapi istilah yang besar maknanya itu ada juga mereka yang sanggup mengkhianatinya.

Pada diriku sendiri,hadis di atas cukup memberi kita guide line dalam memilih sahabat.Pilih yang terbaik demi diri kita sendiri.Kita yang bersahabat kita jugalah yang akan merasa segala nikmat bersahabat.Jika kita memilih yang baik maka baik dan manis juga yang kita rasa.Dan jika sebaliknya kita hanya merasa manis tetapi tentang kebaikannya??Entahlah.....


Jika diriku sendiri tidak mampu menjadi sahabat yang baik,maafkanlah aku sahabat...mungkin ada terlepas cakap,tertikam jantung....dan jika dirimu tidak mahu menjadi sahabatku sekalipun,tidak besar rasanya permintaanku agar kenanglah aku,andai kata aku pergi dahulu,titipkanlah doa.