Pages

Subscribe:

Khamis, 28 Mac 2013

ULAMA KITA

lama tak update..sibuk dengan apa yg trjadi di negeriku...
airmata ini rupanya belum mahu berhenti lagi menitis....

Dua orang ulama kita telah pergi meninggalkan kita...pergi menemui ALLAH SWT

1.Syeikh Dr.Muhammad Said Ramadhan Al Buti...
-umum muslimin kenal kepada beliau..berbadan kecil tetapi jiwanya besar.Pemergiaan beliau mengejutkan ramai.terkutuklah mereka yang berlaku zalim kepada beliau.kelantangan beliau menentang rejim bashar kebelakangan ini mungkin penyebab kepada insiden ni....

"aku percaya Syeikh Buti dibunuh oleh tentera Basyar sendiri..dengan penuh perancangan sebab Masjid tempat Syeikh Buti mengajar merupakan Masjid yg paling ketat kawalan keselamatannya..dan kenapa tiada kesan terbakar walau sedikit pun dalam Masjid kalau ianya serangan bom berani mati..?" Dr Yusuf Qaradhawi.

"Asy-Syahid Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Bouthiy wafat di waktu yang mulia, yakni di antara Maghrib dan Isya di malam Juma'at (21/3), di tempat yang mulia, yakni masjid dan di majlis yang mulia, yakni majelis ilmu." Habib Umar 


"Saya secara peribadi amat terkejut dengan pemergian guru kami, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti. Saya pernah bertanya kepada anaknya, Dr. Tawfik Ramadhan berkenaan ayahnya. Katanya, "Di rumahku ada sebuah bilik khas yg mana aku tidak pernah melihat ayahku kecuali dalam tiga keadaan; membaca, menulis atau bersembahyang dan berzikir."Dr Zulkifli Al Bakri.

2.Prof Dr Muhammad Uthman El Muhammady

-di negara kita beliau amat dikenali...merupakan ulama yg sentantiasa konsisten dengan hujahnya dan pendirian dengan fahaman ASWJ,tinggi ilmunya dan seorang pemikir yg hebat.seorang Dai-Murabbi yg mempunyai tutur bicara yang tenang dan lembut.
Beliau pernah dilantik sbg Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia sejak 95-2008 ,kemudian dilantik semula sehingga 2010.Dan merupakan Fellow Amat Utama AKEDEMIK ISTAC IIUM.


-paling penting beliau amat tegar mempertahankan aliran bermazhab dan sering tampil dengan hujahan tersendiri.Beliau juga pernah berdebat dan  berhujah dengan tokoh tokoh salafi dan wahabi  dari  indonesia dan dari negara kita sendiri berbicara isu USUL,FURU' dan BIDAAH.Beliau juga dengan lantang mengatakan rantau kita ni adalah rantau ASWJ,sebarang usaha untuk merosakkan perjalananya adalah usaha kepada kehancuran perpaduan ummah.

-antara yang paling lantang menentang dakyah sesetengan ahli politic yang cuba mempromosi unsur yang menentang akidah Islam spt pluralisme & liberalisme agama dan budaya LGBT.


Seminar Fiqh: Mentaati Pemerintah yang diadakan di PWTC yang mana beliau menjadi salah seorang pembentang kertas kerja.Beliaulah antara ulama yang mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dikala ulama-ulama politik lain mentohmah Malaysia sebagai negara sekular dan sebagainya.

*merupakan Tokoh MAAL HIJRAH 2005 :)
                    ...................

kedua dua tokoh besar di atas adalah dua permata yang tiada gantinya..Assyahid Syeikh Al Buti merupa guru kepada ramai ulama kita pada hari ini,pemergiaan adalah kehilangan sangat besar kepada kita semua dan Allahyarham Dr.Muhammad Uthman adalah sumber rujukan kepada banyak pihak,dai' murabbi yang sering mementingkan dustur (etika dakwah).

Berkata saidina Abdullah Ibnu Mas'ud:
"kematian seorang alim itu lubang kepada islam yang tidak mungkin ditampal walau berlalunya hari dan malam"


AL FATIHAH buat keduanya ulama kita...moga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas keduanya...yang tinggal cuma tulisan dan peringatan mereka buat kita...semoga Assyahid Syeikh Al Buti dan Allahyarham Dr Muhammad Uthman mendapatkan balasan atas segala kebaikkan yang telah mereka sebarkan selama ini..aaminn.



0 ulasan:

Catat Ulasan